Tuesday, October 19, 2010

Masjid Al-Ehsan,Kampung Darat,Beseri Perlis

Tajuk  :
Peranan institusi agama di kariah Kampung Darat,Beseri Perlis
(Masjid Al-Ehsan)

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin , Pensyarah CTU 101

Disediakan Oleh :

Wan Shuhaira Amiza Bt Wan Shoib
Nombor Kad Matrik :2010417468
Kumpulan :ACD1Aa
Program :Diploma Perakaunan (AC 110)

Tarikh Hantar : 10 Oktober 2010



 ISI KANDUNGAN

  • Abstrak
  • Pendahuluan
  • Sejarah Masjid
  • Carta Organisasi
  • Kemudahan Masjid
  • Aktiviti Masjid
  • Masalah yang dihadapi dan Penyelesaian
  • Kesimpulan


ABSTRAK

Masjid menurut bahasa ialah al-khumrat bererti hamparan (tikar) yang kecil .Sebagaimana dalam hadis yang menjelaskan bahawa Rasululllah s.a.w. mengerjakan solat diatas al-khumrat. Perkataan masjid dalam bahasa arab ialah “TEMPAT MENYEMBAH”. Jadi masjid adalah nama islam yang diberikan kepada tempat ibadah yang mulia di mana kata asalnya diambil daripada perkataan AL-SUJUD iaitu membawa pengertian sebagai ketaatan, kesetian sepenuhnya kepada Allah S.W.T . Masjid Al-Ehsan terletak di Kampung Darat Beseri,Perlis Indera Kayangan. Masjid ini telah mula di bina pada awal tahun 1991 dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 19 Rabiulawal 1412,bersamaan 27 September 1991. Masjid ini mempuyai dua ruang utama iaitu ruang untuk jemaah lelaki dan ruang untuk jemaah wanita.Ruang untuk jemaah lelaki boleh menampung seramai 200 hingga 250  orang jemaah manakala ruang untuk jemaah wanita pula adalah seramai 50 hingga 80 orang sahaja. Tandas di masjid ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian untuk jemaah lelaki dan  satu bahagian lagi untuk jemaah wanita yang mempunyai tiga buah tandas untuk setiap bahagian.Satu bahagian kecil pada setiap bahagian yang memuatkan cermin dan sinki juga telah dibina untuk kegunaan jemaah bagi membasuh muka. Pihak masjid tidak mengambil atau mengemaskini rekod yang tetap bagi jumlah bilangan atau jumlah bacaan di masjid ini.Hal ini kerana,kebanyakkan bahan bacaan seperti naskhah al-quran dan kitab yassin telah disedekahkan oleh penduduk di kariah ini untuk diwakafkan di masjid ini. Masjid ini juga mempunyai peralatan untuk pengurusan jenazah serta peralatan  untuk majlis-majlis yang sering diadakan.Bagi peralatan untuk pengurusan jenazah,masjid ini telah menyediakan satu tempat pemandian jenazah,alat-alat mandian jenazah (kapur barus,kapas dan lain-lain),satu keranda serta satu van jenazah khas untuk masjid ini. Landskap dan perskitaran di masjid kini adalah cantik dan kebersihannya amat membanggakan.Di hadapan bangunan masjid,terdapat dua batang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera negeri Perlis. Landskap dan perskitaran di masjid kini adalah cantik dan kebersihannya amat membanggakan.Di hadapan bangunan masjid,terdapat dua batang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera negeri Perlis.
PENDAHULUAN

Masjid menurut bahasa ialah al-khumrat bererti hamparan (tikar) yang kecil .Sebagaimana dalam hadis yang menjelaskan bahawa Rasululllah s.a.w. mengerjakan solat diatas al-khumrat. Perkataan masjid dalam bahasa arab ialah “TEMPAT MENYEMBAH”. Jadi masjid adalah nama islam yang diberikan kepada tempat ibadah yang mulia di mana kata asalnya diambil daripada perkataan AL-SUJUD iaitu membawa pengertian sebagai ketaatan, kesetian sepenuhnya kepada Allah S.W.T .Menurut istilah syarak, masjid ialah MAWDI AL-SUJUD iaitu tempat untuk sujud, al-imam al-zarkasyi berpendapat bahawa semua tempat untuk beribadah adalah masjid. Ini berdasarkan hadis rasullulah bahawa “dijadikam untukku bumi sebagai masjid dan suci”. Ini menunjukkan bahawa semua tempat di setiap pelusuk bumi adalah boleh untuk mengerjakan ibadah, khususnya solat lima waktu.Pada zaman rasulullah masjid dijadikan sebagai tempat melakukan ibadat, tempat mengadakan mesyuarat yang merangkumi hal-hal masyarakat dan negara, tempat memutuskan hal negara, perpustakaan, pejabat baitumal, markas tentera, tempat melangsungkan perkahwinan dan sembahyang jenazah, asrama dan hotel bagi pengembara, dan institusi pengajian dan pendidikan. Disamping itu masjid juga dijadikan sebagai tempat berbincang mengenai perihal ekonomi dan perdagangan juga pusat pentadbiran negara termasuk sebagai tempat menerima perwakilan luar negara atau para tetamu. Berdasarkan fungsi tersebut jelas menunjukkan pada zaman rasulullah dahulu kegunaan masjid merangkumi skop yang luas dan pelbagai. Masjid menjadi institusi serbaguna yang tidak terhad sebagai ibadah khusus semata-mata tetapi juga ibadah dalam pengertian umum. Walaubagaimanapun masjid kian mempunyai peranan yang kecil dalam dunia islam, pada masa sekarang masjid hanya mempunyai separuh daripada peranan asalnya.



Sejarah Masjid



Masjid Al-Ehsan terletak di Kampung Darat Beseri,Perlis Indera Kayangan.Masjid ini telah mula di bina pada awal tahun 1991 dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 19 Rabiulawal 1412,bersamaan 27 September 1991.Kos yang diperuntukkan untuk membina masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Perlis.Keluasan masjid ini adalah sederhana besar dan hanya dapat menampung seramai 200 hingga 250 orang jemaah sahaja pada satu masa.Bagi jemaah wanita pula,tempat solat telah di bina khas untuk mereka dan keluasannya adalah sederhana kecil yang hanya dapat menampung seramai 50 hingga 80  orang jemaah.Masjid ini banyak memberikan kemudahan kepada penduduk di kariah ini untuk menunaikan solat dan mengadakan majlis-majlis keagamaan.Lokasi masjid ini adalah di tepi jalan besar dan memudahkan orang ramai berkunjung ke masjid ini.

Perasmian Masjid Al-Ehsan



Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Darat

Pengerusi/Imam 1
Tuan Haji Samad Bin Haji Latif

Imam 2
Ustaz Rosli Ismail

Bilal 1
En.Ismail Bin Ibrahim

Bilal 2
En.Abas Ibrahimsa

Siak 1
 Tuan Haji Othman Ahmad

Siak 2/Amil
En.Basri Ariffin

Siak 3
En.Amrin Ahmad

AJK
  1. Haji Kamarudin Kasim
  2. Tuan Haji Ramli Mat
  3. Tuan Haji Syed Bidin Bin Syed Husin
  4. En.Fazil Bin Yob
Penjaga Kawasan
En.Bakar omar

Dengan adanya dua orang imam dan dua orang bilal di masjid ini,maka tugas yang dilakukan oleh mereka ini akan dilakukan secara bergilir-gilir pada setiap hari. 


carta organisasi masjid



Jadual bertugas imam dan bilal



 
Kemudahan Masjid

    •  Ruang solat
     Masjid ini mempuyai dua ruang utama iaitu ruang untuk jemaah lelaki dan ruang untuk jemaah wanita.Ruang untuk jemaah lelaki boleh menampung seramai 200 hingga 250  orang jemaah manakala ruang untuk jemaah wanita pula adalah seramai 50 hingga 80 orang sahaja.Ruang solat ini telah disediakan karpet bagi menambahkan lagi keselesaan para jemaah.Selain itu,masjid ini juga turut menyediakan ‘water cooler’ untuk kegunaan para jemaah.Bagi jemaah yang datang dari luar,sejadah,kain pelekat dan kain telekung turut disediakan.Namun,setelah menggunakannya,mereka tidak melipatnya kembali dan menyebabkan kain pelekat dan kain telekung di masjid ini berselerakan.Berdasarkan pemerhatian pula,seluruh kawasan ruang solat ini berada dalam keadaan yang amat bersih tanpa sebarang sampah mahupun habuk.Ahli jawatankuasa masjid amat menitikberatkan kebersihan ruang solat kerana mereka telah mengambil inisiatif untuk menyediakan vakum,penyapu dan penyodok sampah bagi tugas-tugas pembersihan.Walaupun kipas siling telah disediakan di masjid ini,namun kipas kaki juga turut diletakkan di setiap penjuru masjid.Hal ini adalah untuk mengelakkan para jemaah  dari bersolat dalam keadaan yang panas.Di bahagian hadapan ruang solat juga mempunyai satu mimbar yang digunakan untuk khutbah semasa solat sunat Jumaat.

    Kain telekung yang tidak kemas

    Water cooler


    Mimbar




    •  Tandas
      Tandas di masjid ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian untuk jemaah lelaki dan  satu bahagian lagi untuk jemaah wanita yang mempunyai tiga buah tandas untuk setiap bahagian.Satu bahagian kecil pada setiap bahagian yang memuatkan cermin dan sinki juga telah dibina untuk kegunaan jemaah bagi membasuh muka.Di luar kawasan tandas pula terdapat tempat mengambil wudhuk bagi jemaah lelaki dan jemaah perempuan.Terdapat lebih kurang sepuluh pili air bagi setiap tempat mengambil wudhuk.Di bahagian hadapan masjid juga terdapat pili air tambahan yang telah disediakan bagi mengelakkan kesesakan ketika mengambil wudhuk terutamanya ketika solat sunat Jumaat.Kebersihan tandas di masjid ini adalah memuaskan kerana penduduk di kariah ini pandai memainkan peranan mereka sebagai pengguna tandas tersebut.Selain itu,kebersihan tandas ini juga sering dipantau oleh seorang penjaga kawasan di masjid ini.Namun,terdapat juga sedikit masalah yang berlaku iaitu tandas di masjid ini kekurangan selipar tandas dan menyebabkan sering mendengar rungutan daripada jemaah di kariah ini.

      Tempat berwudhuk


      •       Bahan bacaan.
      Pihak masjid tidak mengambil atau mengemaskini rekod yang tetap bagi jumlah bilangan atau jumlah bacaan di masjid ini.Hal ini kerana,kebanyakkan bahan bacaan seperti naskhah al-quran dan kitab yassin telah disedekahkan oleh penduduk di kariah ini untuk diwakafkan di masjid ini.Tinjauan kasar menunjukkan bilangan bahan bacaan di masjid ini adalah seperti berikut:

      1.       Jumlah rak buku : 4 buah
      2.       Jumlah al-quran : 100 naskah
      3.       Jumlah al-quran terjemahan : 10 buah
      4.       Rehal : 30 buah
      5.       Jumlah kitab yassin : 50 naskah

      Masalah yang dihadapi berkaitan dengan bahan bacaan ini adalah semua bahan bacaan berada dalam keadaan yang tidak tersusun dan tidak kemas.Di samping itu,di luar kawasan masjid pula terdapat bilik perpustakaan dan bimbingan yang disediakan kepada para pengunjung.Kebiasaannya,bilik perpustakaan dan bimbingan ini digunakan oleh anak-anak kariah pada waktu petang untuk mengulangkaji pelajaran.Bilik ini adalah sederhana kecil yang hanya mampu memuatkan kira-kira 20 orang anak kariah.

      Rak bahan bacaan


      •    Peralatan di masjid.
      Masjid ini juga mempunyai peralatan untuk pengurusan jenazah serta peralatan  untuk majlis-majlis yang sering diadakan.Bagi peralatan untuk pengurusan jenazah,masjid ini telah menyediakan satu tempat pemandian jenazah,alat-alat mandian jenazah (kapur barus,kapas dan lain-lain),satu keranda serta satu van jenazah khas untuk masjid ini.Van jenazah ini telah ditempatkan di satu garaj yang berkunci bagi mengelakkan berlaku kecurian.Masjid ini juga menyediakan satu bangunan kecil di luar kawasan masjid untuk tempat memasak apabila mengadakan majlis-majlis agama serta tempat untuk memasak bubur lambuk dan moreh pada bulan ramadhan.Keperluan untuk memasak seperti periuk,cawan,pinggan mangkuk dan lain-lain lagi turut ada di tempat memasak ni.Kerusi yang disediakan pula tidak disusun dan dibiarkan berselerakan di kawasan
      tersebut.



      Van Jenazah


      •     P.A sistem
      P.A sistem di sini mempunyai empat buah speaker yang dipasang di sekitar masjid ini dan dua mikrofon yang digunakan terutamanya pada setiap kali solat sunat Jumaat serta untuk majlis-majlis agama.Kajadian kecurian p.a sistem di masjid ini jarang berlaku kerana disimpan di dalam satu bilik khas.


      •          Landskap masjid
      Landskap dan perskitaran di masjid kini adalah cantik dan kebersihannya amat membanggakan.Di hadapan bangunan masjid,terdapat dua batang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera negeri Perlis.Di sekeliling masjid pula dihiasi dengan pasu-pasu bunga yang dijaga dengan elok oleh seorang penjaga kawasan masjid.Di sekitar masjid ini,terdapat tiga buah bangunan iaitu,bilik perpustakaan dan bimbingan,tempat pemandian jenazah serta tempat memasak.Di tepi bilik perpustakaan dan bimbingan terdapat beberapa kerusi dan meja batu.





      Bilik perpustakaan dan bimbingan




      Aktiviti Masjid

      Tanpa sebarang aktiviti di masjid,maka masjid tersebut pasti akan menjadi seperti masjid yang tidak berpenghuni.Oleh yang demikian,ahli jawatankuasa masjid telah merangka dan menjalankan beberapa aktiviti bagi mengimarahkan lagi masjid ini.Antaranya ialah ceramah-ceramah agama  yang akan diadakan apabila menyambut hari-hari kebesaran seperti awal muharam,nisfu sya’ban,maulud nabi dan nuzul al-quran.Kuliah subuh pula akan diadakan pada setiap pagi sabtu manakala kuliah maghrib akan diadakan pada setiap hari khamis.Selepas kuliah maghrib selesai,bacaan surah yassin pula akan diteruskan sementara menunggu masuknya waktu isyak.Masjid ini juga memberi peluang kepada anak-anak kariah untuk belajar membaca al-quran pada setiap petang.Namun kelas fardhu ain tidak disediakan di masjid ini kerana kekurangan dana bagi membayar gaji kepda guru fardhu ain.Selain itu,masjid ini juga turut melatih anak-anak kariah untuk menyertai majlis menghafaz al-quran bagi peringkat negeri Perlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam,Perlis.Pada setiap petang pula,pasti ada anak-anak kariah yang datang ke masjid ini untuk menggunakan bilik perpustakaan dan bimbingan di luar bangunan masjid ini.Di samping itu,pada bulan ramadhan,majlis tadarus al-quran akan diadakan pada setiap petang.Kebanyakkan yang hadir adalah daripada golongan tua sahaja.Namun,pada waktu solat sunat terawih,sambutan daripada anak-anak kariah adalah menggalakkan.Pada waktu petang,masjid ini turut mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk kariah.Bagi kebajikan penduduk yang tidak berkemampuan di kariah ini,tabung masjid telah diletakkan di penjuru belakang masjid untuk kutipan derma ikhlas daripada para jemaah yang datang.Selalunya jumlah kutipan derma daripada para jemaah akan mencecah sehingga RM 500 seminggu.Hasil kutipan ini akan digunakan untuk tujuan membayar bil elektrik dan juga bil air bagi masjid ini. Bagi penduduk di kariah ini yang tidak mampu untuk menyara hidup mereka seperti anak-anak yatim,ibu tunggal dan fakir miskin,dana daripada pihak baitulmal negeri Perlis telah diperuntukkan untuk mereka.Selalunya,mereka akan mendapat sumbangan dalam bentuk wang tunai ataupun hamper.
      Anak-anak kariah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA juga turut diberikan sedikit sumbangan kepada mereka.Akhir sekali,pada setiap tahun masjid juga  akan menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid.Aktiviti ini tidak perlu diadakan selalu kerana kebersihan di masjid ini telah dijaga oleh siak-siak yang telah dilantik dan aktiviti ini hanyalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim penduduk di kariah ini.Siak-siak ini juga turut dibantu oleh seorang penjaga kawasan yang memantau kebersihan pada setiap hari.Untuk jamuan selepas aktiviti gotong-royong,selalunya pihak masjid tidak akan mengeluarkan kos perbelanjaan kerana sering mendapat sumbangan daripada orang perseorangan. Sambutan daripada penduduk di kariah adalah membanggakan kerana mereka memberikan komitmen yang tinggi untuk aktiviti ini.



      Masalah yang dihadapi

      Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh masjid ini.Antaranya ialah :
        
      1) Kekurangan selipar tandas
      Selipar tandas di masjid ini adalah begitu sedikit bilangannya iaitu hanya mempunyai sepasang sahaja.Para jemaah sering merungut kerana terpaksa berkaki ayam masuk ke dalam tandas.
      • Penyelesaiannya :
      Membeli lebih banyak selipar  tandas dengan menggunakan wang kutipan derma agar para jemaah berasa lebih selesa.

       2) Bilangan kipas kaki yang sedikit
      Di ruang solat lelaki hanya terdapat 2 buah kipas manakala di ruang solat wanita hanya ada sebuah kipas kaki.Jemaah berasa tidak khusyuk dan tidak selesa apabila terpaksa solat dalam keadaan yang panas.

      • Penyelesaiannya :

      Disebabkan harga kipas kaki tidaklah murah,maka pihak masjid haruslah memohon lebih dana kepada kerajaan negeri Perlis untuk membeli kipas baru.

       3) Kekurangan anak kariah ke masjid.
      Bilangan anak-anak kariah yang datang ke masjid adalah begitu sedikit.Mereka hanya akan datang ke masjid ini untuk solat-solat sunat serta untuk menghadiri kelas mengaji al-quran sahaja.

      • Penyelesaiannya :
      Memperbanyakkan aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk ke masjid.

       4) Tempat letak kereta yang tidak mencukupi.
      Tempat letak kereta berbumbung hanya dapat memuatkan sebanyak 30 buah kereta sahaja dan kawasan luas di luar masjid pula lebih kurang 25 buah kereta.Kenderaan yang selebihnya terpaksa diletakkan di seberang jalan.
      • Penyelesaiannya :
      Memperluaskan lagi tapak untuk meletakkan kenderaan.



      Kesimpulan

      Masjid Al-Ehsan  telah memainkan peranan yang penting dan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para jemaah dan juga penduduk di sekitarnya.Masjid ini terletak di kawasan yang sesuai dan mudah untuk para jemaah untuk ke masjid .Sebagai sebuah masjid yang menjadi tumpuan ramai di kampung ini,maka para jemaah hendaklah memainkan peranan dalam menjaga kebersihan dan persekitaran masjid serta memelihara martabat dan keharmonian masjid ini dengan sebaik-baiknya

      Sekian,terima kasih.

      1 comment:

      1. Sy bersyukur walaupun pengenalan Kita ini terlalu singkat,tp sy sentiasa mendoakan Dan mengingati anda utk selamanya..#buahmanggis..

        ReplyDelete